Penulis: YATI RAHIM
Eksklusif Ternak Madu Kelulut Jet Farm
Eksklusif Ternak Madu Kelulut Jet Farm
Lebah kelulut (juga digelar meliponini) ialah lebah tidakbersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu. Lebah kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan
tropika dunia, seperti Australia, Afrika,
Asia tenggara, dankawasan tropika Amerika. Madu kelulut dikatakan mempunyaipelbagai khasiat dan lebih tinggi khasiatnya jika dibandingkandengan madu lebah. Kelulut menyimpan madu di dalamtempayan kecil yang dilapisi propolis. Madu kelulut tidak putihseperti yang didakwa
Madu-tempayan. Bekas yang akan digunakan oleh lebah kelulutuntuk menempatkan madunya. Setelah tempayan madu penuhdiisi dengan madu, ianya akan ditutup oleh lebah kelulut
Kelulut ini menghasilkan madu dan propolis yang kaya denganantioksidannya. Berbeza sedikit dengan madu biasa, madu darilebah Kelulut ini berasa sedikit masam dan berwarna lebihcerah. Propolis pula boleh berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang yang biasanya digunakansebagai bahan aktif dalam kosmetik, krim dan tablet.
Madu kelulut original dari Jet
farm
Propolis terbentuk dari bahan resin
yang diambil lebah dari pohon yang mengandungi getah. Lebah kelulut kemudian
memprosesnya sehingga membentuk propolis, bahan yang berwarna hitam, kuning atau coklat tua di sarang lebah kelulut.Propolis mampu merawat ulser dan mencuci buah pinggangserta berkesan untuk mencegah pembiakan sel kanser –HamdanSipon, Pembantu Penyelidik MARDI Sedang.
Khasiat sebagai antioksidan
Antioksidan ini pula banyak fungsinya terutamanya dalam
masalah penyakit kanser. Antara penyakit yang dilaporkansembuh melalui kaedah rawatan tradisional mengunakanpropolis pula ialah penyakit diabetis mellitus, strok,
hepatitis, kanser, hipertensi, batu karang. Berdasarkan kajian yang dilakukan dibawah seliaan Prof. Madya Dr. Siti AmrahSulaiman, dari USM menyatakan bahawa madu Kelulut inimampu menurunkan paras glukos pesakit diabetes dan berkesanuntuk menecegah kanser dan gout. Kajian yang telah dilakukandi Mardi menunjukkan madu kelulut mempunyai nilai dalamperubatan tertentu.
Kajian awal yang dilakukan di Pusat Penyelidikan TeknologiMakanan,
MARDI menunjukkan asid fenilpropanaoik, asidprotocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetik adalah di antarabahan utama yang telah berjaya dikenalpasti dalam madu
kelulut.
Bahan-bahan ini tergolong dalam kumpulan asid fenolikbebas. Asid fenolik bebas merupakan bahan aktif yang bolehbertindak sebagai antikanser dan antioksidan dan bahan ini lebihmudah untuk diserap dalam tubuh manusia berbanding bahanaktif lain seperti flavonoid.
Cara penternakan lebah kelulut
1. Langkah pertama adalah mendapatkan bongkah kayu yang mempunyai koloni kelulut. Kita boleh mencari sendiribongkah kayu kelulut ini yang biasanya terdapat di dalamhutan ataupun dusun buah-buahan. Anda juga bolehmembeli bongkah kayu yang mempunyai koloni kelulutdaripada pembekal-pembekal yang telah sedia ada .Harga dipasaran adalah antara RM350 hingga RM1300, bergantung kepada saiz bongkah kayu dan jenis kelulutyang terdapat di dalamnya. Biasanya spesis yang diternakadalah jenis spesies Trigona Itama dan thoracica.
Bongkar kayu yang mempunyai koloni kelulut , akan diproses untuk membuat topping dan memasang kotakdiatasnya.
2. Setelah mendapatkan bongkah kayu yang mempunyai kolonikelulut, anda perlu memotong bongkah kayu tersebut untukdibuat topping dan memasang kotak di atasnya. Kotaktersebut bertujuan untuk memberi ruang kepada lebahkelulut membina kantung madu. Ia juga bertujuan untukmemudahkan kita menuai madu kelak. Ada juga pengusahayang membuat kaedah pemindahan koloni denganmemasukkan keseluruhan sarang kelulut ke dalam kotakkhas untuk penuaian madu. Perlu diingatkan bahawapemotongan bongkah kayu hendaklah dibuat secaraberhati-hati bagi memastikan kedudukan kantung madu dantelur tidak terjejas.
3. Langkah seterusnya adalah pemasangan kotak yang diperbuat daripada kayu untuk tuaian madu. Perludipastikan bahan kayu tersebut mestilah bebas bahankimia.. Saiz kotak bergantung kepada kesesuaian dan saizbongkah kayu kelulut. Biasanya saiz kotak adalah antara300mm
– 600mm dan tinggi kotak pula adalah antara50mm –
200mm. Kebiasaannya, plastik transparendiletakkan di bahagian atas kotak tersebut. Ini bagimemudahkan penternak meninjau perkembangan kolonikelulut samada berkembang atau tidak.
4. Setelah selesai memasang kotak topping pada bongkah kayutersebut, proses penternakan kelulut kini sudah bermula.
Kita perlu memeriksa secara berkala bagi memastikankoloni kelulut tiada gangguan musuh seperti anai-anai, lipas, cicak, semut dan lain-lain. Selain itu, perkembangankoloni kelulut dapat diperiksa melalui plastik lutsinartersebut samada sudah membina kantung madu atau belum. Sebagai contoh, koloni dari spesies TrigonaItama mengambil masa antara 2 hingga 4 minggu untukmenghasilkan tempayan yang berisi madu, bergantungkepada kerajinan koloni tersebut.
Perkembangan koloni kelulut dapat diperiksa melalui plastiklutsinar pada kotak topping tersebut samada sudah membinakantung madu atau belum
5. Secara purata, setiap tempayan madu dari spesies TrigonaItama mengandungi 3ml hingga 5ml. Proses menyedutmadu boleh dilakukan menggunakan alat yang direka khassamada secara manual atau elektronik. Madu kelulut yang diperolehi perlu disimpan didalam botol kaca untukmemastikan kualiti madu tahan lama.
Ladang kelulut Jet
farm mengutamakan kebersihan dankeselamatan
Kerja-kerja membuat topping
sarang kelulut di Ladang Jet
Farm sedang dijalankan
Proses menyedut madu kelulut dijalankan sekali setiap bulan
Di Jet
Farm kami menaman bunga bagi membantu lebah kelulutmendapatkan sumber bunga dengan mudah.
Pokok bunga “Air
Mata Pengantin” amat di sukai lebah kelulutyang ditanam di Jet
Farm
Grup foto lawatan guru-guru silat dari Kuala
Lumpur danJengka Ke Ladang Jet Farm
Secara ringkasnya khasiat madu lebah kelulut adalah:
• Meningkatkan daya tahan tubuh
• Melancarkan peredaran darah
• Meningkatkan pengeluaran hormon
• Memperkuat fungsi otak dan jantung
• Memperbaiki sel tubuh yang rosak
• Mengendurkan urat-urat yang tegang
• Menghilangkan rasa letih, meningkatkan metabolisme badan
• Boleh dinikmati oleh pesakit diabetis
• Membantu masa penyembuhan selepas pembedahan
• Mencegah kanser
• Mengurangkan resdung
• Membantu penyembuhan luka diabetes
• Merawat batuk, selsema dan sakit kerongkong
• Mencegah pembentukan batu karang
• Membantu menurunkan tahap tekanan darah
• Merendahkan tahap kandungan gula dalam darah
• Melancarkan pernafasan
• Mengurangkan lelah dan asma
012-3471962 (Norhayati Rahim)





Ulasan
Catat Ulasan